
FAQs
Help Center
Apa itu Stevia ?
✏️Stevia adalah pokok renek kecil yang telah digunakan sebagai pemanis selama beratus-ratus tahun.
✏️Kerana rasa manisnya yang sangat kuat, stevia digunakan sebagai pemanis tanpa kalori dalam pelbagai makanan dan minuman.
✏️Ekstrak daun stevia adalah alternatif yang baik untuk gula, dan ia tidak meningkatkan kadar glukosa darah.
✏️Ekstrak daun Stevia adalah 200-350 kali lebih manis daripada gula.
Apa itu Monk Fruit?
✏️Monk fruit, atau Luo Han Guo/Kuo ,atau dikenali juga sebagai Buah Sami/Buah Budha,adalah buah manis yang enak yang dapat digunakan sebagai alternatif sihat untuk mempermanis makanan dan minuman.
✏️Di Asia khususnya di China,Monk Fruit adalah makanan tradisional di mana ia telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman dan bahan makanan rendah kalori.
✏️Monk fruit (Siraitia grosvenorii) dari China ini termasuk keluarga buah kundur.Bentuknya bulat dengan diameter 4-8 cm. Warnanya kuning kecoklatan atau hijau kecoklatan saat segar. Setelah dikeringkan, warnanya berubah menjadi cokelat.
✏️Penamaan monk fruit berawal dari abad ke-13. Tanaman buah ini terdapat di pinggir gunung yang terhindar dari sinar matahari langsung. Cara menanamnya hanya diketahui oleh sedikit biksu terpilih dan diwariskan kepada generasi berikutnya. Karena itulah, buah ini disebut monk fruit.
✏️Ekstrak monk fruit memiliki beberapa keunggulan dibanding stevia. Tidak ada rasa pahit yang tertinggal setelah mengonsumsi ekstrak monk fruit, sehingga pemanis ini dikatakan lebih serbaguna.
Apakah perbezaan Stevia dan Monk Fruit berbanding gula?
✏️Monk Fruit dan Stevia memberikan rasa manis yang semula jadi dan rendah kalori berbanding gula yang tinggi kadar kalori.
✏️ Pemanis semulajadi ini memberi pelbagai khasiat kepada tubuh badan berbanding gula yang memberi banyak kemudaratan.
Kenapa perlu memilih stevia sebagai pengganti gula ?
✏️Daripada laporan terkini KKM serta sumber-sumber lain Malaysia adalah diantara Pengguna Gula Terbesar Di Asia dan mempunyai masalah Obesiti serta Pesakit Kencing manis yang sudah melebihi 4 juta orang serta semakin meningkat.
✏️Obesiti adalah umpama bom jangka yang mengundang pelbagai penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi , Masalah jantung Koronari dan sebagainya.
✏️Adakah Anda ingin menjadi sebahgian dari Statistik tersebut ?
Pakar-pakar pemakanan telah mengatakan bahawa badan kita telah memperolehi bekalan glukos [sebagai sumber tenaga] dari semua makanan berkabohirat seperti nasi, roti, kentang dan seumpamanya yang kita makan. Kenapa hendak ditambahkan lagi dengan Gula yang sememangnya memberikan kadar kalori yang amat tinggi? [Ingat! 1 sudu penuh gula berkalori 20 kcal yang memerlukan anda menaiki tangga bangunan 14 Tingkat untuk membakarnya. Sumber: KKM, Kosmo]
✏️STEVIA boleh membantu anda untuk menikmati kemanisan tanpa kalori tambahan serta tanpa menaikkan kandungan gula dalam darah. Bawalah bersama Salam Stevia kemana sahaja anda pergi.
Salam Stevia ni halal ke? ada kelulusan ke ?
✏️Salam Stevia dikilangkan di kilang yang telah dipersijilkan SECARA SAH dengan:
- Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
- Persijilan Makanan Selamat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Sijil Produk Pilihan Lebih Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Persijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).
- Mematuhi standard perlesenan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Bolehkan Stevia digunakan dalam masakan harian ?
✏️Ya , Sudah pasti boleh kerana Ekstrak Stevia amat stabil pada suhu tinggi, tiada bersifat penapaian serta tiada mengubah kandungan nutrisi makanan serta minuman.
✏️Malah Ekstrak Stevia semakin popular digunakan dalam Industri Makanan & Minuman di serata Dunia. Di Jepun, Stevia sudah digunakan meluas sejak tahun 70 an lagi.
Salam Stevia ni boleh ke diguna oleh pesakit GOUT, Darah Tinggi dan lain-lain?
✏️Antara ciri-ciri Stevia ialah ia memiliki nilai PH dari Neutral ke ALKALI, tidak sebagaimana Gula Tebu [Memiliki PH Berasid].
✏️Kajian pakar-pakar mendapati bahawa penggunaan Stevia bukan sahaja dapat membantu pesakit Diabetes malah Hipertensi [Tekanan Darah Tinggi], mengurangkan masalah Keasidan/Gas dalam perut, membantu merawat sakit kulit seperti psoriasis, ekzema dan sebagainya.
Ibu mengandung boleh ke guna Salam Stevia ni ?
✏️Apabila digunakan secara sederhana (tidak terlalu banyak dan kerap) pemanis tanpa kalori ini dianggap selamat untuk dimakan semasa kehamilan.
✏️Namun walaupun ia mungkin dapat membantu mengawal kenaikan berat badan yang berlebihan, wanita dengan intoleransi karbohidrat seperti diabetes kehamilan, diabetes mellitus, atau ketahanan insulin perlu mengehadkan penggunaan pemanis pemakanan.
✏️Buat masa ini, penyelidikan mengenai keselamatan penggunaan Stevia semasa kehamilan dan susuan adalah terhad dan memerlukan lebih banyak rujukan.
✏️Perlu diingat bahawa gula semulajadi selamat digunakan semasa mengandung dan menyusu selagi ia dimakan secara sederhana dan tidak menyumbang kepada peningkatan berat badan yang tidak perlu.
✏️Doktor anda boleh membantu sebagai rujukan anda menentukan jenis pemanis terbaik untuk dimasukkan ke dalam diet anda berdasarkan tabiat makan, berat badan dan keseluruhan kesihatan anda.
Salam Stevia ni boleh menyebabkan alahan ?
✏️Anda mungkin mengalaminya jika anda alah kepada ragweed. Ini berlaku apabila tubuh anda menyalahkan protein dalam makanan yang anda makan sebagai debunga dan melancarkan tindak balas imun untuk bertindak balas.
✏️Tanda-tanda alergi termasuk bengkak dan gatal bibir, mulut, tekak, dan lidah, sakit perut, dan juga muntah.
✏️Namun begitu,menurut kajian pada tahun 2015, terdapat sedikit kes dilaporkan mengenai alahan stevia. Kedua-dua FDA dan Suruhanjaya Eropah menyimpulkan bahawa bilangan individu yang hipersensitif kepada stevia atau berisiko mendapat tindak balas alergi terhadapnya adalah rendah.
Bolehkah Stevia membantu dalam menurunkan berat badan ?
✏️Tepat sekali,stevia adalah sangat membantu untuk menurunkan berat badan.
✏️Kalori yang berlebihan atau yang tidak ditukarkan
kepada tenaga akan disimpan di dalam badan sebagai lemak, dan hanya akan menambah berat
badan. Gula adalah punca utama kenaikan berat badan.
✏️Anda cuma perlu mengamalkan stevia setiap hari dalam minuman dan makanan, dan mengelakkan/menghadkan pengambilan gula. Ini bermakna anda akan mengurangkan jumlah pengambilan Kalori harian.
✏️Dengan berkurangnya nilai kalori yang diambil, bermakna kuranglah lemak yang akan terbentuk.Jadi berat badan akan berkurang dari masa ke semasa tanpa perlu rasa tertekan tidak dapat minum/makan yang manis-manis atau berisiko dengan ubat pelangsingan.